Jet Turbo eXtreme


*****

# Cara terbaik memeriksa paras minyak hitam Wednesday, 16 December 2009

Nota: Penerangan ini hanya untuk enjin ‘wet-sump’ – jenis enjin yang terdapat pada kebanyakan kenderaan penumpang.


Bagi kebanyakan orang topic ini adalah perkara yang remeh dan semua orang boleh lakukan. Tetapi masih ada pengguna yang tidak tahu perkara asas dalam melakukan kerja ini.

Apabila memeriksa paras minyak di dalam enjin, kereta mestilah dalam paras / keadaan rata (tidak senget), dan mestilah enjin dalam berkeadaan sejuk. Sesetengah orang enggan membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’ sejurus mematikan enjin kenderaan. Memeriksa paras minyak dengan cara ini member bacaan yang mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dalam enjin, dan mengambil masa untuk mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dalam gambar; bahagian berwarna biru menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dalam ‘sump’). Dalam keadaan paras minyak enjin yang bukan sebenar seperti tertera pada ‘dipstick’, mereka kemudian menambah lagi minyak ke dalam enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’ yang kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras penanda ‘MAX’ pada ‘dipstick’.

Apa yang berlaku apabila paras minyak pelincir enjin melebihi tahap ‘MAX’.

Anda telah menambah minyak pelincir ke dalam enjin setelah enjin panas dan selepas melihat paras minyak pada ‘dipstick’ yang tidak tepat, atau anda mengisi minyak pelincir melebihi tahap yang sepatutnya apabila anda menukar minyak hitam. Apakah perkara buruk yang berlaku? Masalahnya adalah ketika anda menghidupkan enjin kemudiannya, ‘windage’ pada ‘crankcase’ serta tekanan lain yang terhasil daripada pengoperasian minyak di dalam enjin, dsb.

Berikutnya, tidak beberapa lama kemudian, pelindung ‘bearing’ utama bahagian belakang akan pecah dan enjin akan bocor. Jika anda menggunakan gear manual, ini bermaksud minyak yang bocor akan terkena pada flywheel dan permukaan cakera klac. Klac yang berminyak membawa pada situasi yang tidak bagus. Jika anda masih tidak perasan kebocoran ini, ia seterusnya akan menjejaskan pelindung ‘bearing’ utama bahagian hadapan pula, serta enjin akan memercikkan lagi minyak (atau ia akan mula menumpahkan minyak di setiap laluan). Secara kasarnya daripada minyak yang bocor ia boleh mendatangkan kerosakan terhadap kesuluruhan enjin termasuk cakera brek.

Pada masa yang sama ia juga boleh memburukkan keadaan dalam enjin. Seperti yang boleh kita lihat pada gambar rajah, paras minyak yang sebenar terletak berhampiran dengan ‘crank’ / engkol yang berpusing. Apabila minyak melebihi paras yang sepatutnya ‘crank’ akan tenggelam ke dalam minyak dan menghasilkan buih. Buih sangat diperlukan pada setiap kopi yang sedap :P tapi ia tidak bagus untuk enjin.

Pencapuran minyak dengan udara akan mmberi tekanan kepada ‘bearing’ dan untuk pengetahuan anda udara bukanlah bahan pelincir. Pada asasnya ‘bearing’ akan rosak secara berterusan lebih-lebih lagi apabila anda memandu di jalan raya. Anda akan tahu ‘bearing’ enjin anda rosak bila situasi ini betul-betul berlaku kepada anda. Enjin anda akan berbau seperti minyak enjin yang terbakar dan bunyi bising akan kedengaran. Dalam situasi yang lebih teruk minyak enjin boleh memasuki ruang pembakaran minyak petrol dan menjejaskan prestasi enjin dan keadaan bahagian pembakaran petrol.

Jadi waktu bilakah yang paling sesuai untuk memeriksa paras minyak pelincir enjin.

Jika enjin kenderaan anda sejuk (contohnya setelah semalaman di garaj) anda boleh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan kenderaan yang rata. Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda pelula tunggu lebih kurang 30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah. TETAPI ada sesetengah kenderaan (seperti di sarankan oleh pengilang kenderaan di dalam Manual) perlu diperiksa ketika enjin beroperasi atau pada suhu tertentu seperti Porcshe Carrera ’92.

References :
http://www.carbibles.com/ . http://www.upmpg.com/tech_articles/motoroil_viscosity/index.html - http://en.wikipedia.org/wiki/Motor_oil - http://www.facebook.com/notes.php?id=247576010429 - http://www.servicemot.co.uk/ - http://www.bimmerfest.com/forums/showthread.php?t=94785 - http://www.driversense.com/driversense/column/530

*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang termampu.
.

Sepatah dua..

Salam dan selamat kepada semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Kewujudan blog ini atas keinginan saya untuk menambahkan ilmu saya dalam bidang ini dan dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Saya meluangkan seberapa masa yang ada untuk mendapatkan maklumat seberapa yang tepat. Setiap kandungan di dalam blog ini adalah suntingan saya sendiri hasil rujukan dari beberapa sumber. Saya harap sedikit usaha saya ini dapatlah digunakan sebaik mungkin. Setiap penyalinan semula kandungan di dalam blog ini adalah dibenarkan dan saya tidak akan bertanggungjawab di atas penyalahgunaan maklumat melalui blog ini.