Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Black Death / Sludge

Black Death atau Sludge enjin merupakan sebahagian masalah utama yang berlaku di dalam enjin terutama enjin berkuasa diesel. Ia kelihatan berwarna hitam, melekit dan pekat seperti tar. Masalah ini boleh memendekkan jangka hayat sesebuah enjin di mana juga akan mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi jika ia berada pada tahap yang kritikal.

Bermulanya pada awal 80-an sludge menjadi penyebab utama timbulnya masalah kepada kebanyakan enjin di Eropah. Ia menjadi masalah utama kepada pemilik-pemilik kenderaan. Dealer dan mekanik tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku dan sludge tidak tersenarai dalam lindungan insurans kereta atau van - jika mesin atau kenderaan mengalami masalah ini, anda terpaksa menanggung sendiri kos membaik pulih. Antara enjin kenderaan yang mengalami masalah ini dengan lebih teruk adalah kenderaan dari jenis Ford, Chevrolet autos dan Vauxhall (GM) walau pemeriksaan kenderaan berkala dibuat. Pemanduan ekstrem serta pemanasan enjin yang melampau menjadi penyumbang utama masalah yang disebabkan oleh minyak enjin. Minyak enjin yang tidak sesuai dengan keadaan menyebabkan perubahan molekul kimia di bawah tekanan melampau menjadikannya memekat seperti tar dan menyebabkan berlakunya pembentukan sludge. Akibatnya laluan-laluan minyak di dalam enjin akan tersumbat dan mengakibatkan minyak tidak dapat disalurkan ke bahagian-bahagian tertentu enjin dan menyebabkan enjin jam.


Apa sebenarnya sludge.

Masalah ini lebih kepada kombinasi aspek-aspek seperti sistem enjin yang terlalu padat, suhu enjin yang tinggi dan tekanan pada minyak enjin. Contohnya, pada ketika ini speed limit highway di Eropah lebih tinggi berbanding di Amerika. Lebih tinggi speed limit bermaksud tekanan pada enjin adalah lebih. Tambahan kenderaan-kenderaan di Eropah terkenal dengan pemotoran berkuasa tinggi, di mana pada 1980-an peningkatan penggunaan compressor berlaku pada kenderaan bagi meningkatkan kuasa enjin yang lebih. Tekanan melampau pada enjin serta tidak kesesuaian minyak yang digunakan yang tidak mampu tekanan compression yang tinggi (cth: haba yang terhasil darinya) dan perubahan komposisi molekul minyak berlaku apabila ianya memekat, likat seperti bendasing yang kemudiannya dipanggil sebagai sludge.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah reaksi bahan kimia. Samada kerana penyelenggaraan yang lemah atau pun nasib malang :) , sludge pada enjin pada asalnya adalah aditif di dalam minyak yang memejal setelah tindak-balas molekul dalam minyak berlaku. Setelah memejal aditif yang melekit berkemungkinan untuk terbakar lebih-lebih lagi pada saluran-saluran minyak yang melincirkan enjin tersumbat. Seperti yang kita tahu sekiranya enjin tidak mempunyai pelinciran yang sempurna, prestasi enjin akan menurun dan menjadi berat serta boleh mengakibatkan enjin jam.

Pada dasarnya black death atau sludge ini adalah bendasing hasil dari minyak teknologi baru yang berkualiti tinggi, kebanyakannya adalah sintetik berbanding minyak mineral.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar di atas adalah dari kenderaan jenis BMW. Di sebelah kiri adalah keadaan cam case yang berada dalam keadaan baik, yang mana gambar ini di ambil melalui penutup minyak enjin di masukkan. Di sebelah kanan adalah keadaan apabila sludge terbentuk. Keadaan ini dikatakan disebabkan enjin berkeadaan terlampau panas, minyak yang tidak ditukar dalam jangka masa yang sepatutnya lebih-lebih lagi dengan pemanduan di dalam bandar, pemanduan tanpa pemanasan enjin atau keadaan enjin yang tidak bergerak dalam satahun tanpa penukaran minyak.

[ Apa sahaja bahan tiruan (cth: perasa tiruan, pewarna tiruan atau getak sintetik) adalah bersifat asid atau bahan yang akan menghasilkan asid jika berlaku sesuatu tindak balas. Tindakan yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak mineral yang berkualiti tinggi atau yang ditambah dengan aditif bersifat alkali. ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara mengelakkan sludge enjin

Seperti banyak perkara; mencegah lebih baik dari mengubati. Jika kita memandu kenderaan yang bukan high-performance, berkemungkinan anda tidak akan mengalami masalah sludge pada enjin jika penyelenggaraan minyak enjin dilakukan dengan baik. Beringat bahawa walau kenderaan kita bukannya kenderaan yang high-performance, jika kita tidak ambik endah penyelenggaraan minyak enjin pembentukan sludge pasti berlaku dalam suatu jangka masa. Pada masa yang sama jika kita memandu kenderaan high-performance atau kenderaan biasa dengan pemanduan yang ekstrem, penyelenggaraan minyak enjin lebih-lebih lagi dengan penggunaan minyak enjin yang kurang berkualiti perlu lebih kerap. Ia mungkin memerlukan kos yang tinggi dalam jangka masa pendek, tetapi ia akan lebih menjimatkan kos kita dalam jangka masa yang panjang.

Apa perlu buat jika berlaku

Tiada cara yang susah atau cepat untuk menyelesaikan masalah sludge yang terbentuk. Jika ia benar-benar teruk, flushing enjin mungkin cara penyelesaian yang ada, tetapi ia juga mungkin boleh mendatangkan masalah yang lain. Flushing enjin ada kemungkinan boleh mengalihkan sludge ke bahagian lain yang boleh mendatangkan lebih kerosakan. Berbincang dengan mekanik anda samada flushing enjin adalah perkara yang terbaik atau tidak.

[ Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa terdapat juruteknik perlumbaan melaporkan pembentukan sludge di dalan enjin kenderaan lumba lebih-lebih lagi dengan penggunaan yang kerap dari hasil penggunaan aditif tambahan yang terdapat dipasaran dan ditambah pada minyak biasa. Komposisi bahan kimia pada aditif adalah tidak sepenuhnya kita ketahui, di mana ia akan ditambah pada minyak tertentu dengan pemanduan yang ekstrem, ia akan memecahkan molekul dan sludge akan terbentuk. Pengajaran dari itu ialah “jangan gunakan aditif”. ]



[pictures sources] http://www.bimmerfest.com/forums/showthread.php?t=94785

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.